ASSALAMMUALAIKUM..
Kisah duka ini saya ingin kongsi bersama kengkawan semua, yg saya ambil
melalui siaran radio IKIM pd petang 21/9/2004. Bukan apa, sbg satu
pengajaran buat diri kita terutama yg tlh berkeluarga dan mempunyai anak.
Kisah benar yg sedih ini berlaku pd seorang anak kecil bernama " Ita". Pd
hari yg malang itu, spt biasa anak kecil itu tinggal di rumah bersama dgn
seorang pembantu rumahnya. Spt biasa juga, Ita akan dibiarkan bermain di
luar rumah oleh pembantunya, sementara pembantunya melakukan kerja di dlm
rumah. Hari tu nk dijadikan cerita, ibu bapa Ita tk bawak kereta ke tmpt
kerja, mereka hanya menaiki motosikal krn jln sesak. Sdg asyik bermain, Ita
terfikir mahu melukis sesuatu, diambilnya sebiji batu lalu cuba dilukis
atas lantai marmar di garaj kereta, tp lukisannya tk begitu jelas,
kemudian dia cuba pula lukis pd kereta bapanya yg baru dibeli lebih kurang
setahun itu. Ternyata begitu jelas sekali lukisan Ita krn colour kereta tu
berwarna hitam. Seronok bkn main Ita, lalu ditambahnya lukisan hampir ke
seluruh kereta bapanya itu..bermcm2 gambar dilukis hingga memenuhi ruang di
segenap kereta bapanya.
Petang tu, bila sampai di rumah, terkejut dilihatnya apa yg berlaku ke atas
keretanya.Bagaikan org yg hilang imannya, bapa Ita masuk lalu memanggil
pembantunya dgn perasaan yg amat marah." Siapa yg conteng kereta saya smpi
teruk mcm tu..!!!". Pembantunya terkejut mendengar kata2 majikannya, lalu
keluar melihat apa yg berlaku. "Ya Allah..Saya tk tahu siapa yg buat
tuan.." jwb pembantunya dlm keadaan ketakutan. Bertambah berang bapa Ita
mendengar jwpn pembantunya tu. " Kamu buat ape duduk kt rumah satu hari
smpi tk tahu sape punye kerja semua ni..!!". Dlm keadaan yg tegang itu, Ita
keluar berlari mendapatkan bapanya dgn gembira agar bapanya akan
memeluknya..Anak kecil itu sememangnya tidak mengerti apa yg berlaku lalu
berkata, " Ita yg lukis ayah..". Mendengar pengakuan anak kecil itu,
bapanya terus keluar lalu mematahkan ranting pokok bunga raya di luar
rumah. Dgn perasaan yg marah Ita dipukul ditapak tgn tanpa belas kasihan,
tak cukup tgn kanan, tgn kiri juga dirotan, lepas tapak tgn, atas tapak tgn
pulak dirotan, ibunya hanya memerhati shj, mungkin turut bersetuju dgn
tindakan suaminya itu. Pembantunya tidak mampu berbuat apa2, hanya melihat
kejadian itu dgn hati yg sedih. Ita menangis kesakitan, namun tiada
langsung rasa belas dihati bapa dan ibunya melihat anak kecil itu.
Ita disuruh bawa ke bilik pembantunya itu oleh bapanya. Anaknya itu
langsung tidak disentuh dan dipandang. Ketika pembantunya memandikan Ita
petang tu, menitis air matanya krn belas melihat keadaan anak kecil itu.
Ita menangis meraung kesakitan krn luka di tangan yg masih berdarah. Mlm
tu, tgn Ita membengkak kesan pukulan petang td, lalu pembantunya segera
memberitahu kedua ibu bapanya, tp bapanya hanya berkata, " Sapu ajer minyak
gamat.." dgn nada yg tiada simpati langsung atas anak kecilnya itu. Esok
harinya Ita demam, pembantunya sekali lagi memaklumkan pd ibunya, tp jwpn
yg diberi, " Bagi jer panadol tu, cairkan dgn air.." Seolah2 tk acuh
langsung atas penderitaan anak kecil itu. Ibu bapanya langsung tk ambil
tahu apa yg terjadi pd Ita, anak itu dibiar tidur di bilik pembantunya,
tiada langsung perasaan bimbang akan kesihatan Ita. Sesekali dijenguk Ita
dlm bilik pembantunya itu, dilihat Ita tidur sambil dipeluk pembantunya,
pintu ditutup semula. Sampailah hari ketiga, bila suhu badan Ita semakin
meningkat, pembantunya terus talipon majikannya itu.Dgn nada yg masih belum
reda marah, bapa Ita berkata, " Ha..siap..pukul 5 nnt bwk pegi klinik..".
Petang tu, Ita di bawa ke klinik, tp Ita dinasihatkan di bawa ke Hospital
segera krn tgn Ita telah mengalami jangkitan kuman yg teruk kesan luka
dirotan bapanya. Setiba di hospital, doktor beritahu ibu bapanya, tgn Ita
terpaksa dipotong utk menyelamatkan nyawa Ita krn luka tersebut telah
mengalami jangkitan yg teruk. Lemah longlai mendengar kata2 doktor, namun
Ita perlu diselamatkan, ibu Ita menangis meraung mendengar kata2 doktor.
Setelah selesai pembedahan, ubat bius pun semakin hilang, Ita pun sedar
dari lenanya, menangis menahan kesakitan kesan dr pembedahan td. Dilihat
kedua tgnnya berbalut kain putih, anak kecil itu memandang kedua ibu
bapanya, " Ayah..Ita sayang ayah..Ita sayang ibu..Ita janji Ita takkan
conteng kereta ayah lg..Ita janji Ita tkkn nakal lg..pulangkan la balik tgn
Ita ayah..ibu?". Meraung pembantunya krn tidak lg dapat menahan rasa sedih
melihat anak kecil itu merayu seolah2 tidak mengerti apa yg berlaku ke
atasnya..Hancur luluh hati ibu?berkecai jiwa ayah..mendengar luahan hati
Ita, anaknya yg menjadi mangsa kemarahannya hanya kerana sebuah kereta.
Namun, mereka hanya mampu menangis kekesalan, tgn Ita kini tiada akibat
tindakan melulu tanpa berfikir kedua ibu bapanya, anaknya dihukum seolah2
anak kecil itu memahami apa yg dilakukannya.
* Pengajaran di sini ialah, jgn terlalu ikutkan perasaan terutama ketika
marah krn ketika itulah syaitan akan berusaha menghasut dan mengapi-apikan
kita supaya melakukan kesalahan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna?
No comments:
Post a Comment